Free shipping untuk order RM150+ · Sahkan order via WhatsApp

Laman Utama

Soalan Lazim

Tekan pada setiap soalan di bawah untuk lihat jawapan.

Pesanan & Pembayaran

Apa kaedah pembayaran yang diterima?

Kami menerima FPX (semua bank utama Malaysia) via Bayarcash atau ToyyibPay, e-wallet (GrabPay, ShopeePay, TouchnGo), kad kredit/debit (Visa, Mastercard) via Stripe, dan pemindahan bank manual (sahkan via WhatsApp selepas transfer).

Adakah saya perlu daftar akaun untuk membuat pesanan?

Tidak perlu, kami menerima checkout sebagai tetamu. Tetapi daftar akaun memudahkan tracking pesanan dan membuat pembelian berulang.

Bila pesanan saya akan diproses?

Pesanan yang berjaya dibayar sebelum 2 petang akan diproses hari yang sama. Pesanan selepas 2 petang akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Penghantaran

Berapa lama penghantaran ambil masa?

Semenanjung Malaysia: 2-3 hari bekerja. Sabah/Sarawak: 4-7 hari bekerja. Pos Laju digunakan untuk semua pesanan.

Adakah penghantaran percuma?

Ya, penghantaran percuma untuk pesanan RM150 ke atas. Di bawah RM150, caj penghantaran flat rate RM8 (Semenanjung) atau RM15 (Sabah/Sarawak).

Bagaimana nak tracking pesanan?

Selepas pesanan dihantar, anda akan terima nombor tracking via emel + WhatsApp. Boleh juga semak di Akaun Saya.

Produk

Adakah produk ini asli?

Ya, 100% produk Avail asli, terus daripada sumber rasmi. Kami menyediakan resit dan bukti pembelian.

Bagaimana dengan tarikh luput?

Semua produk yang kami hantar mempunyai tempoh luput sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh penghantaran. Tarikh luput tepat tertera di kotak produk.

Boleh saya pulangkan produk?

Untuk produk yang belum dibuka dan dalam keadaan asal, ya, dalam tempoh 7 hari. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik untuk butiran. Produk yang dibuka tidak boleh dipulangkan atas sebab kebersihan.

Pengedar Avail

Adakah Availliant adalah Avail rasmi?

Tidak. Availliant adalah pengedar bebas yang diberi kuasa. Kami menjual produk Avail tetapi kami tidak mewakili syarikat induk Avail. Untuk pertanyaan rasmi Avail (peluang perniagaan, polisi syarikat), sila hubungi Avail Malaysia secara langsung.

Boleh saya jadi pengedar Avail juga?

Untuk perbincangan peluang perniagaan Avail, sila hubungi kami via WhatsApp dan kami akan rujuk anda kepada saluran yang sesuai.

WhatsApp

Mengapa ada butang WhatsApp di page thank-you?

Selepas anda buat pesanan, klik butang WhatsApp untuk sahkan terus dengan admin kami. Mesej akan auto-isi dengan detail pesanan anda, anda cuma perlu tekan Send.

Adakah saya WAJIB sahkan via WhatsApp?

Tidak wajib, tetapi disyorkan untuk pembayaran manual bank transfer supaya kami boleh proses lebih cepat.