Bayi Sembelit? Sememangnya kita sebagai ibu bapa mahu memberi yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka sihat dan cerdas. Lebih-lebih lagi si ibu. Ibu amat peka dengan kesihatan anak. Maklumlah, anak tak sihat bermakna ibu akan kurang tidur la jawabnya. Malah, kekerapan anak buang air pun menjadi kegusaran jika ia tidak normal. Takut anak meragam kembung nanti.
Bayi biasanya membuang air besar 2 kali sehari. Melihat keadaan najis bayi juga merupakan indikator mudah untuk menentukan anak kita mengalami sembelit. Jika najis keras atau sehinggakan bayi perlu meneran dengan daya yang kuat, itu petanda bayi sembelit. Kadangkala, najis sukar untuk keluar sehinggakan luka pada bahagian otot rektumnya. Ada juga bayi dan kanak-kanak menangis kerana terlalu sukar meneran najis.
Antara petua dan cara-cara mengatasi bayi sembelit dan kanak-kanak:
1) Pemilihan susu formula
Biasanya sembelit mudah dihidapi dikalangan bayi yang minum susu formula. Ini kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam berbanding susu ibu. Jika bayi sembelit selepas menukar kepada susu formula, anda mungkin boleh mencuba susu formula jenama lain. Proses memperkenalkan susu formula kepada anak kadangkala rumit kerana ada susu yang menyebabkan anak sembelit atau cirit birit.
2) Pemilihan makanan
Bayi yang sudah makan makanan juga mudah mengalami sembelit. Di Malaysia, bayi boleh diperkenalkan makanan separa pepejal ketika berusia 6 bulan. Jika anak atau bayi sembelit, tambahkan air dalam pemakannya. Contoh, jika anda berikan bayi anda lobak. Pastikan ia direbus hingga lembut, dicampur dengan sedikit air dan diblend sehingga ia mudah dihadam. Penggunaan perisa seperti garam dan gula juga harus dielakkan bagi bayi berumur kurang dari setahun.
3) Kandungan air
Rajinkan juga memperkenalkan air masak atau air putih kepada bayi anda yang berusia 4 bulan ke atas (mengikut US). Tapi di Malaysia, disyorkan 6 bulan ke atas. Air akan memudahkan pencernaan. Bayi dan kanak-kanak yang kurang air dalam badan akan mudah menghadapi masalah najis keras; sembelit.
4) Senaman
Dari bayi dilahirkan, ibu bapa digalakkan mengurut bayi. Untuk membantu pergerakan najis dalam usus, baringkan bayi dan gerakkan kaki bayi seperti mengayuh dan menendang bola. Lakukan ini dengan kerap bagi mengatasi sembelit.
5) Pemilihan minuman
Ibu bapa juga boleh perkenalkan jus dan buah-buahan kepada anak-anak. Buah-buahan seperti prun, epal hijau, dan betik amat membantu untuk mengatasi sembelit atau kesukaran buang air besar.
6) Penambahan nutrisi
Sembelit boleh juga diatasi dengan menambahkan nutrisi kepada bayi dan kanak-kanak. Di sini Ikids amat membantu masalah ini.
Ikids adalah makanan yang berkonsepkan kolostrum dan kaya dengan immunogolbulin (IgA, IgD, IgG, dan IgM) serta banyak lagi. Biasanya susu formula hanya mengandungi satu atau dua immunoglobulin sama ada IgA atau IgG sahaja. bayi sembelit dan cara mengatasinya
Kandungan Ikids yang baik untuk pembentukan tulang ini juga membantu bayi dan kanak-kanak untuk mengatasi sembelit. Bagaimana Ikids boleh membantu?
Sebagaimana saya jelaskan di atas, Ikids berasaskan kolostrum dan bersifat seakan susu ibu dan mudah dihadam. Kandungan kolostum ini yang akan membantu penghadaman dan usus anak-anak serta mengelakkan berlakunya sembelit dan seperti di nyatakan di awal artikel ini, bayi yang mendapat susu ibu lebih sukar untuk mengalami masalah sembelit. bayi sembelit dan cara mengatasinya
Ikids boleh diberi pada bayi (ditumbuk dan letak dalam susu botol/ makanan), dimakan oleh ibu menyusu, dan juga dimakan terus bagi kanak-kanak yang sudah pandai mengunyah. Kanak-kanak yang mengamalkan juga dilihat lebih cerdas dan lebih fokus.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu para ibu bapa dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak.