Cara Mengatasi Keputihan Ketika Hamil

Tahukah anda, mengapakah wanita hamil kerap mengalami masalah keputihan ketika hamil?

Keputihan adalah suatu masalah kewanitaan di mana ramai wanita mengalaminya. Oleh kerana ia banyak terjadi sesama kaum hawa, ia diambil mudah atau dipandang ringan. Saya akui yang ramai wanita kurang memahami bahaya keputihan. Padahal masalah ini boleh membawa atau simptom kepada masalah yang lebih serius, jika tidak dirawat!

 

Sebenarnya, keputihan adalah sesuatu lelehan atau cairan yang keluar dari rahim wanita. Menurut Dr Mohd Nazri (pakar sakit puan), keputihan dikira normal jika keluar beberapa hari sebelum dan selepas haid, dan juga ketika waktu subur seorang wanita.
Keputihan bukan sahaja di alami oleh wanita biasa, tetapi juga dialami oleh wanita hamil. Menurut Dr Zubaidi, wanita hamil lebih mudah mengalami keputihan. Apakah punca terjadinya keputihan semasa hamil?
Wanita hamil atau ibu mengandung mudah mengalami masalah keputihan kerana berlakunya ketidak seimbangan hormon. Ketika mengandung, hormon estrogen meningkat dan aliran darah ke bahagian faraj lebih banyak. Lendiran yang keluar dari faraj ini merupakan rembesan dari kalenjar di pangkal rahim dan faraj. Dalam rembesan ini, ada sel mati dan bakteria dari dinding faraj.
Semakin berusia kandungan, kadar kebarangkalian ada masalah keputihan akan lebih tinggi. Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan.
Namun jika cairan yang keluar terlampau banyak, disertai bau, rasa gatal, sakit ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan bayi jika tidak terkawal. Oleh itu, rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Apakah penyebab atau faktor yang boleh menggalakkan keputihan abnormal terjadi?

1.Semasa hamil, faraj mengandungi kandungan gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.

2. Pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon bersifat lebih panas dan menghalang peredaran angin. Ini menggalakkan pertumbuhan keputihan.
3. Penggunaan  mandian buih berwangian  yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan kerana nilai pHnya dll.

4. Menghidap kencing manis atau diabetes yang tidak dikawal dengan baik.

Apakah cara mengatasi keputihan semasa hamil?

Sekiranya berjumpa doktor, biasanya doktor akan menyarankan ubatan bagi mengawal keputihan. Namun ada cara alternatif yang boleh cuba:

1.Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
2. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
3. Pastikan kemaluan dan bahagian punggung benar-benar kering selepas ke tandas.

4. Jika kandungan melebihi 7bulan, disarankan menggunakan pantiliner AVAIL kerana ia  mengandungi herba terpilih yang bertindak sebagai ANTISEPTIK untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau kulat. Kandungan pH juga akan lebih terpelihara dan stabil. Di samping itu, ia juga boleh membantu menyeimbangkan hormon.Dengan pemakaian pantiliner, nilai pH dan kebersihan lebih terjamin. Selain material pakaian dalam, kebersihannya timbul suatu persoalan kerana penggunaan detergen dan keadaan persekitaran ketika menjemur pakaian. Jangan risau, anda merupakan orang pertama yang menyentuh pantiliner Avail sebaik membukanya. Ini kerana Quality Control semasa proses pembuatannya agak ketat. Tak hairan ia diiktiraf sebagai produk yang bersih kategori Asia Pasifik dan juga dianugerahkan YES brand kerana penjenamaannya.

Dr Pakar Sakit Puan turut menyarankan pesakitnya menggunakan pantiliner AVAIL bagi menjaga rahim

Ingat, jangkitan kuman yang tak terkawal boleh memberi kesan pada bayi semasa mengandung dan juga tika dilahirkan. Oleh itu, amatlah penting kita sebagai ibu atau bakal ibu untuk mengambil langkah penjagaan dan pencegahan yang teliti. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi 0139714599.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Boleh kami bantu anda?