AWAS!!! BAHAYA Penyakit Keputihan Yang Wajib Anda Tahu

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

Penyakit keputihan dianggap perkara biasa dan normal??

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

 

4 Faktor Yang Menyumbang Kepada Penyakit Keputihan

1. Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah

3. Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

4. Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

13 Cara Mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid). Pastikan setiap empat jam sekali tuala wanita ditukar supaya kuman dan bakteria yang terkandung pada darah haid wanita tidak meresap masuk kembali ke dalam lubang faraj wanita. 
  4. Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) Fc Bio AVAIL setiap hari. Pantiliner Fc Bio AVAIL sangat bagus kerana ia mengandungi 100% kapas serta 17 jenis herba yang terpilih didalamnya.
  5. Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat yang diperbuat daripada kain satin.
  6. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  7. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  8. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  9. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  10. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  11. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  12. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  13. Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Kesimpulan

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Dr Pakar Sakit Puan Dr Mohd Nazri Bin Yazid daripada Hospital KPJ Selangor juga turut menyarankan pesakitnya menggunakan pantiliner AVAIL bagi menjaga rahim dan serta mencegah daripada masalah sakit puan.

Ingat, jangkitan kuman yang tak terkawal boleh memberi kesan yang teruk sama ada ketika mengandung atau sebelum berkahwin. Oleh itu, amatlah penting kita sebagai seorang wanita untuk mengambil langkah penjagaan dan pencegahan yang teliti terhadap masalah keputihan yang terjadi. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai masalah keputihan atau produk pantiliner fc bio, boleh hubungi 0145203836 atau komen pada website yang tersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

× Boleh kami bantu anda?