Tanda-Tanda Badan Kurang Vitamin

Badan kita sebenarnya sering berkomunikasi dengan diri kita, cuma caranya mungkin berbeza dan adakala sukar difahami, seperti tubuh lemah, kulit kering, dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa tanda dan signal yang tubuh kita cuba sampaikan kepada kita apabila kekurangan vitamin.

Kuku mudah patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi dan zink. Sebaik-baiknya ambil makanan daripada sumber seperti daging, kekacang atau ikan. Jangan anggap remeh bila kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan ia berlarutan kerana ia mungkin simptom masalah tiroid.  

Mata terasa kering

Seringkali mata kita terasa pedih dan kering. Sebenarnya, keadaan ini disebabkan oleh persekitaran dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buahan hijau, kuning dan oren. Untuk lebih mudah, amalkan Klorofil Avail setiap hari bagi mencukupkan zat sayuran hijau dalam badan. 

Pecah-pecah di bahagian hujung mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat boleh menyebabkan pecah-pecah di hujung mulut. Sebaiknya, mengambil banyak daging, kekacang, sayuran hijau atau klorofil.

Bibir pecah-pecah

Bibir pecah sering dianggap bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia petanda badan anda kekurangan vitamin B12. Seeloknya, tingkatkan protein dan produk tenusu seperti susu segar, kolustrum Avail Ikids, yogurt dan lain-lain. 

Kulit memerah & wajah berminyak

Kemungkinan hal ini kerana kekurangan vitamin B2, B6, zink, atau asid lemak pati minyak. Cuba lebihkan daging dan kerang dalam diet anda.

Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian muka bukan sahaja kerana kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka. Tetapi, ia juga berkemungkinan kerana kekurangan vitamin B kompleks, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih produk dari haiwan, makanan berbijirin dan makanan laut. 

Rambut nipis

Kekurangan zat besi atau zink, boleh menipiskan rambut. Ambil lebih banyak protein, kekacang, dan tenusu. 

Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran meleka pada rambut boleh mengakibatkan kelemumur. Selain itu, kekurangan vitamin C, B6, zink dan asid lemak esensial juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba lebihkan banyak buah buah-buahan seperti limau atau oren.

Luka lambat sembuh

Kemungkinan anda kekurangan zink. Banyakkan makanan berunsur protein, tenusu bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, Propolis Avail juga membantu dalam merawat luka dari luaran dan dalaman. 

Dengan kesibukan rutin harian kita setiap hari, cara untuk cukupkan zat dan nutrien dalam badan ialah dengan minuman berkhasiat seperti Avail Ifood. Ifood merupakan minuman organik yang kaya dengan bijiran, mineral dan zat dari buahan dan sayuran. Dengan menjadikan ia minuman di waktu pagi, badan akan lebih bertenaga. ifood Avail Beauty Minuman Nutrisi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *